Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah menyertai aktiviti kokurikulum, by NUR ATILIA MUHAMAD NIZAM
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah NUR ATILIA MUHAMAD NIZAM
Title:Faedah menyertai aktiviti kokurikulum
2016-08-12 22:57
 
 
    Kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Contoh aktiviti kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.  
 
    Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.  
 
    Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.  
 
    Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.  
 
    Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan tugas.  
 
 
    Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.
 

Jennah, (2017-05-07 19:48)
It is perfect time to make some plans for the future and it¡¯s time to be happy. I¡¯ve read this post and if I could I desire to suggest you some interesting things or sunoisteggs. Perhaps you could write next articles referring to this article. I desire to read even more things about it!
 
mohd syafiq, (2016-10-25 01:51)
kelebihan-kelebihan menyertai aktiviti kokurikulum boleh cuba juga
 
nur atilia, (2016-09-02 23:55)
saya dah 20 tahun write kertas soalan bahasa melayu dan saya sebagai seorang guru yang berpengalaman . paper bm memang 6 perenggan . setahu saya sekolah-sekolah yang lain pun buat 6 perenggan  

 
harith salehuddin, (2016-08-20 20:36)
nak buat sediri llaa
 
Nur atilia, (2016-08-19 03:01)
Setahu saye karangan yang lengkap mempunyai 6 perenggan
 
muhammad aidil hafizzi mohd bin mohd, (2016-08-15 18:42)
karangan ni panjang sangat.  
pendek lagi tak de ke  

 
Submit a comment:

Name