Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah-Faedah Melakukan Aktiviti Senaman, by Muhammad Haziq Bin Nurnasran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Muhammad Haziq Bin Nurnasran
Title:Faedah-Faedah Melakukan Aktiviti Senaman
2010-05-22 12:24
            

            Aktiviti senaman adalah satu gaya hidup yang sihat. Aktiviti senaman memerlukan pegerakan anggota tubuh badan. Contohnya,berjalan, berjoging, melompat, berlari dan mengangkat berat.

            Aktiviti senaman boleh menyihatkan badan. Salah satu cara yang paling berkesan adalah berjoging sebanyak tiga kali seminggu. Oleh itu, badan kita akan mengeluarkan peluh dan menyegarkan badan. Kita boleh menjauhkan diri datipada penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung dan kencing manid.

            Selain itu, kita mestilah melakukan kegiatan riadah semasa matapelajaran pendidikan jasmani di sekolah. Berikutnya adalah berjoging bersama keluarga di taman rekreasi, bermain bola sepak bersama kawan-kawan di padang dan banyak lagi. Impaknya, kita boleh mengurangkan tekanan,rasa letih belajar dan bersemangat. Bak kata pepatah , badan sihat otak cerdas.

            Di samping itu, kita sewajarnya mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti menghisap dadah, merokok dan membuli. Salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial adalah mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

            Kita mestilah menjaga diri daripada penyakit obesiti. Salah satu cara untuk menjaga berat badan yang ideal adalah bersukan, senam robik, berlari dan berjoging. Dengan ini, berat badan kita dapat dikawal.

            Kesimpulannya, aktiviti senaman mestilah dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah "melentur buluh biarlah pada rebungnya". Dengan mengamalkan aktiviti senaman, kita dapat belajar dengan selesa.

                
 

Submit a comment:

Name