Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah membaca, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:faedah membaca
2016-07-24 16:46
    Membaca merupakan aktiviti yang sangat baik. Aktiviti ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh dibaca seperti akhbar, majalah, buku-buku dan sebagainya.  
    Membaca memberikan manfaat yang banyak kepada kita. Antaranya, dapat menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu. Melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui pelbagai perkara di dunia. Di samping itu, pelbagai kemahiran hidup boleh diperoleh seperti memasak, menjahit atau berkebun. Kemahiran hidup ini dapat diaplikasi dalam kehidupan harian kita.  
    Membaca juga dapat menajamkan minda. Dengan pengetahuan yang diperoleh, kita mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta dapat meningkatkan daya ingatan, pemahaman dan kefasihan.  
    Membaca juga merupakan asas untuk berjaya dalam pelajaran. Dengan pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan yang banyak, kita dapat meningkatkan pemahaman semasa belajar, menambahkan pembendaharaan kata serta menguasai bahasa. Hal ini dapat membantu kita menghasilkan karangan yang baik contohnya, atau menjawab soalan peperiksaan dengan mudah.  
    Akhir sekali, aktiviti membaca dapat mengisi masa lapang. Dengan membaca, masa yang terluang tidak dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain permainan video dan sebagainya yang boleh menyebabkan kita terjebak dalam gejala sosial seperti vandalisme dan gengsterime.  
    Dengan semua manfaat yang disebutkan, adalah wajar aktiviti membaca dijadikan hobi, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini dapat mewujkan generasi yang berilmu yang dapat memajukan negara.
 

Sarmmila Rajendran, (2016-09-07 23:42)
Maksud perbendaharaan kata ialah kosa kata...
 
Ira shahirah.., (2016-07-24 17:22)
bolehkah saya bertanya?apakah yang dimaksudkan dengan pembendaharaan?  

 
Submit a comment:

Name