Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan ke Tempat Menarik, by Auni Hanani binti Asfarizal
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Auni Hanani binti Asfarizal
Title:Lawatan ke Tempat Menarik
2016-07-24 02:27
Jumaat,11 November 2015  
 
7.00pagi-Saya bersama ahli Persatuan Bahasa Melayu berkumpul di DEwan Seri Aman.Seramai 40 orang murid ahli Persatuan      
Bahasa Melayu beserta lima orang guru pengiring.Lawatan ini danjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Air Merah.Kam diberikan taklimat ringkas dan penerangan tentang objektif lawatan ini oleh guru besar.Selepas itu,kami terus menaiki bas untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan iatu Alor Setar.  
 
9.00pagi-Bas tiba di tempat yang dituju.Destnasi pertama yang kami lawati ialah Muzium Padi.Di sana,kami didedahkan tentang pemprosesan padi.Kami juga dapat melihat pemandangan Gunung Jerai yang telah dilukis.Kami diberi beberapa helaian kertas untuk menulis maklumat yang kami peroleh di Muzium Padi.  
 
11.00pagi-Destinasi kedua yang kami lawati ialah Pusat Sains Negara Wilayah Utara.Kami didedahkan tentang dunia sains.Kami berpeluang untuk mempelajari sains dengan lebih mendalam.Selepas puas bermain,kami diberi penerangan tentang bahan yang menyerap ar dan kalis air.Saya juga sempat membeli sedkt cenderamata untuk keluarga saya.  
 
3.00petang-Seusai solat zohor dan makan tengah hari,kami terus menuju ke destinasi ketiga iaitu Balai Seni.Tempat ini terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar.Kami berpeluang untuk melihat karya-kaya seni yang bernilai ratusan ringgit.  
 
4.00petang-Destinasi terakhir kami ialah Pantai Merdeka.Kami berpeluang untuk bermain di taman permainan atau bermain layang-layang.Selepas itu,kami terus menjamu selera dengan makanan yang disediakan oleh guru seperti roti dan mi goreng.  
 
6.00petang-Kami semua beratur sebelum menaiki bas untuk pulang.Walaupun letih setelah seharian kami bergerak,namun perasaan gembira tidak dapat kami gambarkan.Saya berharap agar saya diberi peluang sekali lagi untuk menyertai lawatan seperti ini.
 

fikrul jack, (2016-08-04 22:21)
Nice essay but I'm just know a bit of malay language.When i translate it at Google translate,yes it is a good essay  

 
Submit a comment:

Name