Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara yang Saya Lakukan untuk Menjadi Murid Cemerlang, by Auni Hanani binti Asfarizal
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Auni Hanani binti Asfarizal
Title:Cara-cara yang Saya Lakukan untuk Menjadi Murid Cemerlang
2016-07-24 02:03
    Menjadi murid yang cemlang sudah tentu menjadi impian semua murid.TErdapat pelbagai cara yang saya lakukan untuk merealisasikan impian ini.  
 
    Antara cara-cara yang saya lakukan ialah bersikap rajin.Saya akan sentiasa rajin untuk mengulang kaji pelajaran yang telah diajar di sekolah,membaca buku yng berfaedah seperti ensiklopedia dan menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru.Melalui sikap saya ini,saya dapat meningkatkan lagi prestasi saya.  
 
    Seterusnya,saya akan sentiasa menghormati ibu bapa saya,guru-guru dan rakan-rakan.terdapat pelbagai cara yang saya lakukan untuk menghormati mereka seperti memberi salam apabila bertemu,bersalaman dengan ibu bapa sebelum ke sekolah,membantu mereka apabila perlu dan mendengar nasihat serta teguran mereka.Hal ini dapat menjadikan diri saya lebuh bermotivasi dan lebih bersemangat untuk mengejar impian.  
 
    Selain itu,saya perlu bijak mengurus    masa saya dengan sistematik.Saya akan membuat jadual belajar saya.Saya akan    mematuhi jadual tersebut dan melebihkan masa saya untuk belajar.Saya juga tidak lupa untuk beriadah pada setiap petang.Hal ini dapat mengisi masa saya dengan aktiviti yang lebih berfaedah.  
 
    Akhir sekali,saya perlu menjaga kesihatan diri saya.Saya akan sentiasa mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang.Saya juga tidur dengan cukup pada setiap malam untuk mengelakkan diri saya tertidur semasa sesi pembelajaran.Saya juga akan beriadah pada setiap petang untuk mengelakkan diri saya daripada tertekan.Melalui sikap saya ini,saya boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan baik.  
 
    Tuntasnya,benarlah kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Jadi,saya perlulah gigih berusaha untuk mencapai apa yang saya impikan.Saya berharap agar saya dapat menjadi seorang murid yang cemerlang dan mempunyai masa hadapan yang cerah.
 

AFRIN, (2016-07-24 20:22)
AWAK PUNYA KARANGAN SANGAT SEDAP
 
Submit a comment:

Name