Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cita-cita Saya, by Farah dhamiera
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Farah dhamiera
Title:Cita-cita Saya
2016-07-18 00:08
     Setiap orang pasti mempunyai cita-cita tersendiri, termasuklah saya.Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.Saya amat meminati tugas-tugas selaku seorang doktor.Oleh itu, saya perlu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita saya di masa hadapan kelak.  
     Tujuan saya ingin menjadi seorang adalah kerana saya ingin membantu masyarakat sekeliling saya yang sedang menderita sakit, namun tidak mampu untuk dirawat di hospital di atas sebab-sebab kos perubatan yang agak mahal.  
     Manfaat cita-cita saya sebagai seorang doktor ialah saya dapat membantu orang ramai yang memerlukan khidmat seorang doktor. Selain daripada itu, kerjaya kedoktoran banyak di monopoli oleh kaum Cina dan India. Sehubungan dengan itu jikalau saya berjaya mencapai cita-cita saya sebagai seorang doktor, ia akan menambahkan lagi doktor berbangsa melayu di dalam institusi kedoktoran di Malaysia.  
     Di samping itu, sebagai seorang doktor saya juga boleh memberikan rawatan dan penjagaan yang terbaik kepada kedua ibu bapa saya serta guru-guru saya sekiranya mereka memerlukan rawatan perubatan sebagai tanda membalas budi mereka yang telah menjadikan cita-cita saya realiti.  
     Sebagai seorang doktor, saya berpeluang untuk menambahkan lagi ilmu saya dari semasa ke semasa dan mengkaji penyakit-penyakit serta menjadikan saya seorang doktor pakar. Ia akan menjadikan saya terus bermotivasi dalam meningkatkan kerjaya.  
     Gaji juga merupakan salah satu faktor utama kerjaya sebagai seorang doktor. Gajinya yang agak lumayan dan berpatutan dengan kerjaya sebagai seorang doktor yang sememangnya bukan mudah insyallah dapat menyara hidup hidup kami sekeluarga yang agak besar. Oleh itu, jikalau saya ingin menjadi seorang doktor yang berjaya di masa hadapan kelak. Saya hendaklah belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Kewajipan saya sebagai seorang hamba Allah juga wajib dilaksanakan. Insyallah dengan kerjaya saya sebagai seorang doktor, saya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya yang sedari mendidik saya dari kecil lagi. Jasa guru-guru saya yang menjadi ibu bapa kedua di sekolah juga tidak akan dilupakan.
 

Firdaus, (2016-07-24 01:18)
Brilliant idea 💡.  

 
Submit a comment:

Name