Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kem kesedaran Alam Sekitar, by wafa izzati zaini
Contoh Karangan UPSR
Name:wafa izzati zaini
Title:Kem kesedaran Alam Sekitar
2016-07-16 01:00
IPOH,13 April-seramai 50 orang pelajardari sekolah-sekolah daerah Kinta telah mengikuti Kem Kesedaran Alam Sekitar.Kem tersebut dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar negeri Perak.  
    Menurut urusetia penganjur, program tersebut menigkatkan kesedaran di kalangan masyarakat,terutamanya di kalangan pelajar akan kepentingan menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam sekitar.  
    Sepanjang dua hari menyertai kem tersebut yang diadakan di Pulau Pangkor,para peserta diberi pendedahan tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti masalah pencemaran,langkah untuk mengatasi masalah tersebut dan kepentingan menjaga alam sekitar.  
    Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang cara-cara untuk mengkalkan keseimbangan alam sekitar.  
    Para peserta dapat mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang program tersebut seperti ekspedisi meredah pulau,berkayak,malam unggun api dan sebagainya.  
    Walau terpaksa mengikut pelbagai aktiviti yang meletihkan,para peserta yang ditemui menyatakan perasaan gembira dan bangga kerana terpilih untuk menyertai kem tersebut.  
    Program yang diadakan ternyata member manfaat kepada para peserta,sekali gus memberi kesedaran kepada mereka untuk menghargai alam sekitar.
 

Submit a comment:

Name