Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Menganjurkan Pertandingan Bola Tampar, by Syakir kauthar
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Syakir kauthar
Title:Menganjurkan Pertandingan Bola Tampar
2016-07-15 02:16
Murid tahun enam,  
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu,  
81000 Kulai,  
Johor Darul Takzim.  
 
Tuan Guru Besar,  
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu,  
81000 Kulai,  
Johor Darul Takzim,  
 
 
Tuan,  
 
 
Menganjurkan Pertandingan Bola Tampar antara Murid Tahun Enam  
 
Berhubung dengan perkara di atas,sesudah berakhirnya UPSR  
kami murid Tahun Enam brercadang untuk menganjurkan pertandingan bola tampar pada 7,8 dan 9 Oktober 2016.Tujuan pertandingan tersebut diadakan untuk memanfaatkan mass yang terluang.Selain itu,ia juga dapat menarik minat murid Tahun Enam untuk mengharumkan nama sekolah.  
 
2.Kami yakin apabila mereka sama-sama menyertai aktiviti ini,tidaklah mereka menjadi kera sumbang.Sebelum mereka menjadi Pak Pandir,aktiviti tersebut diharapkan dapat membentuk keperibadian diri setiap murid.  
 
3.Penyertaan tersebut juga diharapkan dapat mengelakkan mereka menjadi kacang hantu.Menerusi surat ini kami akan berbesar hati jika pihak tuan dapat memberikan sokongan padu terhadap cadangan kami.  
 
Sekian terima kasih.  
 
Yang menjalankan tugas,  
 
SYAKIR  
(Syakir Kauthar Bin Sahril)  
Wakil murid Tahun Enam
 

bunyameen bin mohd, (2016-08-12 00:26)
bagusnya dan rajin awak kat mana
 
Submit a comment:

Name