Welcome!

Contoh Karangan UPSR: TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA, by THANESHKUMAR
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka THANESHKUMAR
Title:TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA
2016-07-09 23:39
                         TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA  
 
 
            Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah kata-kata yang sering diingatkan kepada anak-anak agar menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Dari sejak kecil, kita telah ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa kita agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di seganap empat penjuru dunia tentang isu anak-anak melupakan ibu bapa mereka. Sebagai seorang anak yang telah dilahirkan dari rahim ibu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita.  
            Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya dan bukanlah wang ringgit atau harta benda. Kita hendaklah belajar dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat mengerapi segala impian dan harapan ibu bapa. Janganlah kita mudah berputus asa dan rajinlah bertanya kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari kerana malu bertanya sesat jalan. Seorang cendekiawan dunia iaitu Albert Einstin ada mengatakan bahawa apa yang paling penting bagi anak-anak muda pada masa ini adalah sikap rajin bertanya. Oleh sebab itulah, kita hendaklah beringan mulut untuk bertanya. Sebagai seorang anak, janganlah kita sesekali mengecewakan ibu bapa kita. Sebagai tamsilan, apabila seorang anak itu ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ianya perbelajaran yang begitu besar amatlah diperlukan oleh anak tersebut dan oleh sebab itulah, kita hendaklah menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Hal ini demikian, agar segala jenih-penih dan penat-lelah ibu bapa akan terbayar. Jelaslah bahawa, anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.  
            Di samping itu, sebagai seorang anak kita hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan serta nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa. Janganlah sesekali kita membantah percakapan mereka selagi mana suruhan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kita mestilah patuh dan mendengar nasihat ibu bapa dengan penuh rasa hormat kerana mereka merupakan orang yang lebih tua daripada kita. Segala tugasan dan suruhan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada kita hendaklah dilaksanakan dengan penuh rasa keikhlasan dan bermanis muka. Apabila kita dibelenggu sesuatu permasalahan, mintalah nasihat dan dorongan daripada ibu bapa. Saidina Abu Bakar pernah berpesan bahawa sebaik-baik manusia adalah manusia yang sering meminta dan memberi nasihat. Uswahnya, apabila melakukan kerja-kerja dirumah, mintalah pertolongan dan pandangan daripada ibu bapa.  
         Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa yang seterusnya pula adalah dengan memberi kebahagiaan kepada ibu bapa. Apabila dewasa kelak, mungkin kita akan sibuk dengan kerjaya masins-masing dan keluarga sendiri, kita tidak seharusnya melupakan ibu bapa kita yang pernah membahagiakan kita dahulu. Kita perlulah meluangkan sedikit masa bersama ibu bapa dengan membawa merekapergi bercuti, Selain itu, kita juga boleh mmembawa ibu bapa ke rumah kita untuk makan bersama-sama. Hal ini sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pada masa ini, janganlah kita hanya makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan. Bagi melahirkan keluarga yang sakinah, anak-anak perlu membahagiakan ibu bapa. Cara lain bagi membahagiakan ibu bapa kita adalah dengan memberi kejayaan dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh. LakmanulHakim pernah berpesan,"Wahai anak-anak kesayangan ku, tuntutlah ilmu kerana semasa kamu fakir, ilmulah hartamu dan semasa kamu kaya ilmulah perhiasan dirimu." Oleh sebab itulah, ibu bapa sering menasihati anak-anaknya agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, apabila kita melanjutkan pelajaran, gunalah wang perbelanjaan untuk belajar, bukannya untuk berfoya-foya kerana kejayaanlah yang membahagiakan ibu bapa kita. Jelaslah, antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan membahagiakan mereka.  
              
         Sebagai akhir kalam, anak-anak perlu memainkan peranan yang represif akan segala tanggungjawab kita dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap generasi yang cemerlang lahir daripada keluarga yang sakinah. Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan cemerlang. Keluarga yang harmoni dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 sekali gus dapat menjulang negara ke puncak jagat kerana generasi yang bersahsiah, berketerampilan dan berakhlak mulia lahir daripada keluaga yang harmoni.  
 

 

rravinesh, (2016-07-21 00:46)
I like this essay thaneskumar
 
rravinesh, (2016-07-21 00:46)
I like this essay thaneswari
 
Upin Ipin, (2016-07-10 00:10)
wow,cantik nya karangan anda.Teruskan USAHA anda
 
darshna, (2016-07-09 23:43)
wonderful i love u thanesh
 
Submit a comment:

Name