Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hari Kantin, by Julia Afiqah binti Mohd
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Julia Afiqah binti Mohd
Title:Hari Kantin
2016-07-09 21:30
MARANG,19 Julai-Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing menganjurkan Hari Kantin di sini, hari ini.  
 
    Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Dato' Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Antara tetamu yang hadir termasuklah Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Mohd Adnan bin Salleh.  
 
    Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Encik Ibrahim bin Mohammad berkata, tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengutip derma bagi menampung kos pembinaan dewan sekolah.  
 
    Menurut beliau, sebanyak 20 buah gerai telah disediakan kepada para pengunjung. Gerai-gerai ini menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Antaranya termasuklah makanan tradisional seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, kuih-muih, dan sebagainya.  
 
    "Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan. Kira-kira 1000 keping kupon yang berharga RM2, RM5, dan RM10 telah habis dijual," kata beliau lagi.  
 
    Sehubungan dengan itu, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran program berkenaan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa, para guru, dan murid-murid yang telah bersungguh-sungguh menjayakan program tersebut.  
      
    Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada individu tertentu serta syarikat swasta yang telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan tajaan barangan.
 

Aisya, (2017-02-27 00:41)
Terima kasih atas perkongsian karangan ini!
 
none, (2016-07-26 21:42)
Karangan awak memang bagus, kemas dan mudah dibaca. Syabas!
 
none, (2016-07-26 21:42)
Karangan awak memang bagus, kemas dan mudah dibaca. Syabas!
 
myself, (2016-07-25 02:30)
karangan yg bgus kemas dn mudah dibaca
 
00000222, (2016-07-11 21:00)
363639636021202205102052548888888888888
 
gegherhgrw3, (2016-07-11 20:59)
rh7yt8t7r1y87yr87rt2r78228ry187ty87t82gyu234twfghwjgrjberjjr*- ebguyhgwyurhyguuirhwurghrsjhkhfuhtfvrhbhfvjwgnreisjwhrurt5tr*- rtrttrtujthjtjhutjhtjtjthjthtihjtknhktnhklehnetkljwetljhw
 
sdksroighawogiahg, (2016-07-11 20:58)
gjggheruiwajwfkvkgorijrviejfwivjihcruhhjfdh hrjhifhjhtuhue025321658626599526345vregrgkwerjeirgjb9ijhrtih*- jtbigjribjigjurigujgifhjg
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name