Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Setinggi tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, by Sarmmila Rajendran
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajendran
Title:Setinggi tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
2016-07-08 22:53
Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli murid-murid yang lain selain sikapnya kasar dan biadap. Budin juga    selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.  
    Budin ada tiga orang sahabat yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana Budin berani mencuri barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.  
    Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam tempat simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki tua itu.  
    Bagaimanapun, pada suatu hari ketika mereka melakukan perkara yang sama, seorang lelaki terpandang perbuatan mereka. Lelaki itu memekik lalu memaut leher Budin. Budin tidak sempat melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut.  
    Lelaki itu kemudian membawa Budin ke balai polis. Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh pihak polis kerana bersubahat dengan Budin.  
    Walaupun seseorang itu sangat licik ketika melakukan perbuatan yang jahat, lama-kelamaan perbuatan jahat itu akan diketahui juga kerana 'Setinggi-tingginya tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'. Begitulah juga yang berlaku kepada Budin dan kawan-kawannya.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

, (2017-04-04 23:37)
😊😊😊  

 
thank you for sharing, (2016-08-08 03:32)

 
dina , (2016-08-07 18:41)
bagus karangan ni
 
, (2016-07-29 01:52)
good job  

 
adlina, (2016-07-21 20:48)
karangan yg baik  

 
farisha, (2016-07-18 02:58)
ringkas tapi boleh dimantapkan lagi  

 
rozitah lee, (2016-07-17 15:07)
blh lh
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name