Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Bulan Kemerdekaan, by Syafiqal Izran
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Syafiqal Izran
Title:Sambutan Bulan Kemerdekaan
2016-06-27 18:09
Berita Bulan Kemerdekaan  
SUNGKAI,Jumaat-Sekolah Kebangsaan Besout 3 telah menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan pada bulan Ogos lalu.  
Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang dicapai oleh negara.  
Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian,persembahan deklamasi sajak dan koir bertemakan kemerdekaan.  
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei.  
Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah "Merdeka" dengan penuh bersemangat.  
Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara sentiasa subur dan berkekalan di jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara.  

 

umar , (2016-08-01 20:33)
takpe ...asalkan isi ade ...masalah kacil jer boleh baiki ....................
 
secret ddd, (2016-07-03 17:38)
sebernanya yang tu tuan guru besar ke puan guru besar...???
 
secret ddd, (2016-07-03 17:38)
sebernanya yang tu tuan guru besar ke puan guru besar...???
 
Submit a comment:

Name