Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), by Muhammad Syahmi Bin Mohd. Noor
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Muhammad Syahmi Bin Mohd. Noor
Title:Persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2016-06-25 00:31
Zi Lin : Apa khabar, Jia Min? Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa kamu sedang buat sekarang.  
 
Jia Ming: Khabar baik. Saya sedang sibuk mengulang kaji pelajaran.  
 
Zi Lin : Oh, saya juga begitu kerana Peperiksaan UPSR akan menjelang tidak lama lagi.  
 
Jia Ming: Yalah, peperiksaan percubaan saya baru tamat. Saya telah mendapat keputusan 7A.  
 
Zi Lin : Syabas! Bolehkah kamu memberitahu saya cara-cara kamu membuat persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.  
 
Jia Ming : Boleh, apa salahkan. Sebenarnya, saya telah bersedia sejak awal tahun. Mual-mula, saya menyediakan sebuah jadual waktu belajar dan selalu mengikutinya.  
 
Zi Lin : Oh, begitu! Adakah cara-cara yang lain lagi?  
 
Jia Ming: Ada banyak! Saya mengulang kaji pelajaran dan menbuat banyak latihan. Selain itu, saya juga menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.  
 
Zi Lin : Apa yang kamu buat semasa menghadapi masalah dalam pelajaran?  
 
Jia Ming: Saya akan bertanya guru dan kawan-kawan saya.  
 
Zi Lin : Adakah kamu menghadiri kelas tambahan?  
 
Jia Ming: Ada. Saya menghadiri kelas tambahan pada waktu petang. Saya tidak pernah ponteng kelas.  
 
Zi Lin : Saya banyak membaca buku rujukan. Apakah kamu berbuat demikian.  
 
Jia Ming: Ada. Saya juga selalu mengagihkan masa untuk belajar dan berehat dengan baik.  
 
Zi Lin : Saya berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Semoga kamu juga begitu.  
 
Jia Ming: Terima kasih. Eh, masa sudah lewat. Saya nak balik. Jumpa lagi.  
 
Zi Lin : Jumpa lagi.
 

Submit a comment:

Name