Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Sambutan Hari Guru, by
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu
Title:Laporan Sambutan Hari Guru
2016-06-14 01:08
    Pada 16 Mei 2016,Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 telah mengadakan Sambutan Hari Guru.Sambutan Hari Guru itu diadakan di dewan sekolah.Acara bermula pada pukul 8.00 pagi.  
 
    Semua murid dan guru terlibat dalam Sambutan Hari Guru tersebut.Pelbagai persiapan telah dilakukan seperti menghias dewan dan menyusun kerusi.Tujuan sambutan tersebut diadakan adalah untuk mengenang jasa guru.  
      
    Pegawai Pendidikan Daerah Besut telah merasmikan Sambutan Hari Guru tersebut.Dalam ucapan perasmiannya,beliau berharap agar murid-murid sentiasa menghormati guru.Beliau telah memotong kek sebagai simbol perasmian.  
 
    Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang Sambutan Hari Guru tersebut.Antaranya ialah Pertandingan Bercerita,Pertandingan Mendeklamasikan Sajak dan Pertandingan Pidato.Selain itu,persembahan nyanyian turut diadakan.  
 
    Nur Alia Farieha telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pidato tahap dua manakala Johan Pertandingan Bercerita pula disandang oleh Nurul Aina Najwa.Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  
 
    Majlis Sambutan Hari Guru tersebut selesai pada pukul 1.00 tengah hari.Sebelum bersurai,murid-murid menikmati jamuan di kantin sekolah.Guru besar melahirkan rasa gembira kerana majlis berjalan dengan lancar.  
 
Laporan disediakan oleh,        2 Mei 2016  
     (Tandatangan)  
(Nama anda sendiri)  
(Jawatan anda)  
 
 
      

 

, (2019-05-06 01:35)
Terbaik
 
very good, (2019-03-06 20:48)

 
very good, (2019-03-06 20:48)

 
very good, (2019-03-06 20:48)

 
very good, (2019-03-06 20:48)

 
very good, (2019-03-06 20:48)

 
danish iman , (2016-06-14 19:52)
saya rasa karangan ini terbaik untuk diambilkan perhatian oleh anak anak upsr
 
Submit a comment:

Name