Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah membaca , by Amal Nabila
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Amal Nabila
Title:Faedah membaca
2016-06-11 14:55
    Membaca buku merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah.Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat merasai banyak kelebihan dan nikmatnya.Selain membaca buku,kita juga boleh membaca akhbar,majalah,jurnal,komik dan sebagainya.  
    Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat.Justeru,pemikirannya senantiasa luas,kreatif,dan jauh ke hadapan.Hal ini amat penting,terutamanyabagi seseorang murid.  
    Seseorang yang suka membaca juga akan mempunyai pebendaharaan kata yang luas.Tambahan pula jika buku-buku yang dibaca terdiri daripada bahasa asing.Manfaat ini dapat membantu seseorang murid dalam penulisan.  
    Seseorang yang membaca dapat menyelami pengalaman dan perasaan penulis.Oleh yang demikian,minda si pembaca akan berkembang dan matang.  
    Masa ialah kehidupan dan pelu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku pelajaran,majalah,buku cerita,novel dan sebagainya amat bermanfaat.Aktiviti ini menyihatkan minda.  
    Oleh sebab membaca mempunyai banyak kelebihan,maka kita harus memupuk tabiat suka membaca,bak kata orang pandai,"Membaca Jambatan Ilmu".  
 
 
 
 
                                                 ~tamat~
 

Nerhh, (2017-01-14 18:03)
Bagus...
 
Maysarah binti Abdul Sari, (2016-06-22 19:29)
 
Kfcjf  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setiap manusia pasti
 
Submit a comment:

Name