Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan-kebaikan memakan buah-buahan tempatan, by ju_sweety
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan ju_sweety
Title:kebaikan-kebaikan memakan buah-buahan tempatan
2016-06-10 17:24
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan.Antara contoh buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepadadua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah- buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya.Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis,rambai dan sebagainya.Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan memakan buah-buahantempatan. Disamping rasanya yang enak, buah-buahan tempatan juga kaya dengan pelbagai khasiat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tempatan sangat berguna untuk pertumbuhan fizikal dan tisu-tisu dalam badan, seterusnya dapatmengekalkan bentuk tubuh yang ideal.Selain itu, harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import sepertianggur, epal dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-buahantempatan juga mudah didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai tepi jalan, pasar tani mahupun pasaraya. Secara tidak langsung hal ini dapat menjimatkan perbelanjaannegara kerana kurang membeli buah-buahan yang diimport. Lantaran itu, demimemajukan industri buah-buahan tempatan, kerajaan sedang mengatur pelbagairancangan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan ke peringkat global.Sehubungan dengan itu, orang ramai juga diberikan penerangan tentang rasa,nama dan khasiat buah-buahan tempatan melalui pelbagai kempen yang diadakan samaada di sekolah, pusat membeli belah dan pesta-pesta makanan yang dianjurkan. Pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan buah-buahan tempatanterutamanya dari pihak hotel. Memandangkan banyak faedah yang boleh diperolehidaripada buah-buahan tempatan, maka adalah wajar bagi kita menyambut seruan kerajaaniaitu ‘Makanlah buah-buahan tempatan’. Sambutlah kempen ini dengan rela hati demimeningkatkan kesihatan dan kemajuan ekonomi negara kita.
 

........, (2016-06-17 22:02)
tahniah saya suka pada karangan ini.  

 
123, (2016-06-13 01:12)
TIME KASIH BUT SAYA NAKK KARANGAN FAEDAH FAEDAH MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA BOLEH X?KARANGAN AWAK SO NICE.
 
Submit a comment:

Name