Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebuah teksi, by Ilyani sofea
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Ilyani sofea
Title:Aku sebuah teksi
2016-06-10 01:58
             Badan aku bewarna hitam dan berbelang kuning.Aku mempunyai empat roda dan panjangku lebih kurang tiga meter. Aku dilengkapi dengan dua buah kusyen di depan dan satu kusyen panjang di belakang. Muatan aku ialah lima orang.  
 
            Aku adalah sebuah teksi yang bernama Toyota. Aku dibuat di Jepun. Aku dimiliki oleh seorang lelaki India yang tinggal di Puchong,Kuala Lumpur. Aku digunakan untuk membawa penumpang yang memerlukan perkhidmatan. Aku telah berkhidmat kepada tuan aku hampir empat bulan.  
 
            Setiap hari aku membawa penumpang di sekitar Kuala Lumpur. Ada penumpang yang menggunakan perkhidmatanku untuk ke pejabat,ke pasar dan juga bersiar-siar di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.  
 
            Aku belum pernah mengalami peristiwa pahit sepanjang perkhidmatanku. Ini menyebabkan aku disayangi oleh tuan aku serta keluarganya. Bagi mereka aku adalah sumber rezeki dan punca pendapatan. Oleh yang demikian aku dijaga dengan baik. Badan aku selalu dicuci dan enjin aku diselenggara dengan sempura.
 

Submit a comment:

Name