Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Teknik-Teknik Belajar yang Berkesan, by Veashnevi
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Veashnevi
Title:Teknik-Teknik Belajar yang Berkesan
2016-06-09 19:54
 
                     Seringkali kita terbaca di dada akhbar ataupun terlihat di kaca televisyen, pelbagai reaksi dapat dilihat ketika kepetusan peperiksa diumumkan .Ada yang gembira dan ada yang berduka .  
                     Wajah kesal dan kecewa ini mungkin sekali disebabkan oleh kegagalan mereka mempraktikkan teknik pembelajaran yang betul .Sebenarnya, banyak cara yang dapat dipraktikkan untuk menjadi murid yang cemerlang .  
                     Salah satu caranya ialah belajar dengan teknik yang betul dan berkesan .Antaranya, mengarisi fakta-fakta penting dengan menggunakan pen berdakwat terang semasa belajar .Teknik  
ini memudahkan kita mengingat fakta penting .  
                     Selain itu, murid bolehlah menulis nota bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana . Nota ini lebih sesuai untuk mengingat formula-formula Sains dan Matematik .Nota ringkas ini sesuai dibaca di mana-mana saja seperti ketika menungu bas .  
                     Satu lagi teknik yang dapat    dipraktikkan adalah dengan mewujudkan perbincangan dalam kumpulan .Ahli kumpulan hendaklah tidak lebih daripada empat orang .Perbincangan dapat menguatkan daya ingatan .Semasa belajar ,ahli-ahli kumpulan bolehlah saling bertanya dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakanya yang lain .  
                     Sungguhpun banyak teknik pembelajaran yang berkesan dapat dipraktikkan, namun kesungguhan dan disiplin dirilah yang paling utama .Jika dua faktor ini bergabung, segala-gala yang dilakukan akan menjadi mudah .
 

KK, (2016-12-03 14:22)
tui!
 
rosmira kulubun, (2016-12-03 14:16)
bagus!!!!!!!!!!!!
 
terlebih hensem , (2016-12-03 14:14)
karangan bapok le.nasib baik ada isi
 
yusuf iskandar, (2016-08-17 18:59)
teruk
 
Submit a comment:

Name