Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Menabung, by Muhammad Syahmi Bin Mohd. Noor
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Muhammad Syahmi Bin Mohd. Noor
Title:Faedah Menabung
2016-06-07 15:15
        Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.  
 
         Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.  
 
         Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri.  
 
         Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika ahli keluarga kita sakit, wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Wang ini juga boleh digunakan untuk membayar bil air dan elektrik yang tertangguh. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.  
 
                Menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara sebelum habis'. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.  

 

syahmi, (2016-09-19 15:56)
thanks
 
haziq, (2016-09-19 15:55)
GOOD!!!!keep it up syahmi yg handsome
 
Fauzan, (2016-09-19 15:54)
Bagus la karangan ni!!!
 
EUNICE, (2016-06-27 23:21)
GOOD
 
Submit a comment:

Name