Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara2 menjadi murid cemerlang , by Ikram Aniq
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Ikram Aniq
Title:Cara2 menjadi murid cemerlang
2016-06-03 17:44
     Pelbagai cara untuk menjadi murid yang cemerlang .Di sekolah juga, semua guru diterapkan untuk mengajar murid dengan cara yang baik supaya murid mudah memahami pelajaran yang diajar oleh setiap guru.  
 
     Antara contoh untuk menjadi murid yang cemerlang ialah sentiasa bersikap baik,merendah diri,tolong menolong dan yang paling penting,kita hendaklah bersikap sabar dalam menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan yang diterima. Contoh bersikap baik ialah seperti jujur dalam berkata-kata,amanah dalam sesuatu yang diarahkan kepada kita dan sebagainya.  
 
     Selain itu,contoh merendah diri pula ialah tidak bersikap sombong dan bangga diri setelah mendapat sesuatu kejayaan.Sifat sombong pula tidak perlu ada di dalam diri kita supaya tidak dibenci oleh rakan,guru dan keluarga.  
 
     Selepas itu,sikap tolong-menolong perlu diamalkan walau dimana-mana sekalipun.Sikap boleh dilakukan apabila melihat orang yang berada di dalam kesusahan seperti orang buta hendak melintas jalan,bersedekah untuk anak yatim dan sebagainya.  
 
     Disamping itu,kita harus bersikap sabar kepada orang yang mencabar kesabaran kita.Kita harus redha dengan dugaan yang menimpa kepada kita semua.Kita harus menerima orang dengan hati yang terbuka.  
 
     Akhir sekali,kita hendaklah memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan kepada setiap orang supaya kita hidup dengan aman.Semua orang adalah sama melainkan sifat,jika hendak dihormati kita hendaklah mengubah sikap kita sejak kecil lagi.  
    
 

, (2016-06-26 17:16)
good
 
najlaa auni, (2016-06-03 18:26)
Idea yang bernas sekali,taniah kepada ikram.good luck in your exam.......6A tau,ingat tau.......
 
Submit a comment:

Name