Welcome!

Contoh Karangan UPSR: hari kanak-kanak, by Ikram Aniq
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Ikram Aniq
Title:hari kanak-kanak
2016-06-03 03:23
     Pada 23 April,Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam telah mengadakan Hari Kanak-kanak.Ia berlaku di Dewan Anggerik.  
 
     Pada pukul 8:00 pagi itu,Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam memberi ucapan dari semua pihak guru.Dalam ucapan Guru Besar tersebut,beliau    menjelaskan bahawa kita hendaklah mendidik murid sejak kecil lagi untuk berjaya.  
 
     Selain itu,beliau juga menyatakan bahawa murid juga perlu berusaha dengan gigih supaya matlamat dan cita-cita tercapai.Kita juga perlu belajar bersama-sama rakan dalam kumpulan.Ucapan Guru Besar sekolah itu bersamaan pepatah Melayu iaitu"Melentur buluh biar dari rebungnya".  
 
     Selepas itu,murid tingkatan satu membuat persembahan dikir barat dan nyanyian lagu untuk semua guru. Manakala, murid tingkatan tiga membuat pertunjukan pertarungan silat yang sangat lincah daripada pesilat yang mendapat tali pinggang hitam.  
 
     Semua murid juga telah membuat undian untuk guru yang bersifat baik,cantik,kacak,segak dan sebagainya.Guru juga membuat pertandingan yang berbeza mengikut umur murid.  
 
     Akhir sekali,seorang guru muzik mengajak semua guru untuk naik dan menyanyi sebuah lagu di atas pentas untuk menghiburkan murid-murid yang ada di dalam Dewan Anggerik.  
 
 
Disediakan oleh,                                                    27 APRIL 2016  
ikram aniq,  
(MUHD IKRAM ANIQ BIN SUHAIMI),  
Setiausaha,  
Persatuan Bahasa Melayu,  
Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam.
 

Hanah, (2016-06-28 22:45)
Wah dapat seratus...:> Good luck
 
Submit a comment:

Name