Welcome!

Contoh Karangan UPSR: "Aku Sebuah Mesin Pencetak Digital", by aiman
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan aiman
Title:"Aku Sebuah Mesin Pencetak Digital"
2016-05-26 21:33
Aku dihasilkan di negara matahari terbit. Reka bentukku canggih sekali. Warnaku juga menarik, iaitu putih keperangan. Walaupun tubuhku agak besar, tetapi aku lebih ringan daripada jangkaan orang. Hal ini demikian kerana aku dibuat daripada bahan plastik berteknologi tinggi.  
 
     Setelah siap, tubuhku dibungkus dengan cermat. Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak khas. Aku dibawa menaiki kapal dagang. Setibanya aku di Malaysia, aku dihantar ke sebuah kedai perkakasan pejabat di ibu kota. Kemudian, aku dipamerkan kepada umum. Di situ , aku menjadi tumpuan para pengunjung.  
 
        Tiga hari kemudian, aku telah dibeli oleh seeorang. Hargaku mencecah ratusan ribu ringgit. Aku tertanya-tanya tentang tuanku itu. Setelah urusan jual beli selesai, aku diangkut ke sebuah syarikat pnerbitan buku. Di situlah bermulanya episod baharu dalam hidupku. Aku diletakkan di dalam pejabat. Peralatan di sekelilingku juga berteknologi tinggi.  
 
        Aku berfungsi sebagai pencetak, membuat salinan, pengimbas dan faksimile. Segala tugasan yang diserahkan padaku, aku melaksanakan dan dedikasi. Aku tidak pernah mengeluh atau bersungut. Aku juga selalu didampingi oleh pekerja wanita. Dia tak pernah berkasar terhadapku.  
 
        Masa berlalu dengan pantas. Seluruh sendiku terasa lenguh dek kerana terlalu buat bekerja. Adakalanya aku bejerja sehingga lewat malam. Kadang-kadang, bahagian tertentu tubuhku akan meragam. Aku gagal berfungsi dengan baik. Namun begitu, aku akan dibaiki dengan segera.  
 
        Sudah lima tahun aku berkhidmat di syarikat ini. Kini, aku tidak bersendirian lagi. Tuanku    telah membeli sebuah mesin yang lebih canggih daripada aku. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana khidmatku masih diperlukan. Tugasku sekarang cuma membuat salinan dokumen. Jauh di sudut hati, aku sedar bahawa suatu nanti aku akan tersingkir juga. Sementara menunggu tibanya hari itu, aku bertekad untuk terus berbakti. Begitulah nasibku, sebuah mesen pencetak digital.    
 

Submit a comment:

Name