Welcome!

Contoh Karangan UPSR: "AKU SEBUAH MESIN BASUH", by aiman
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan aiman
Title: "AKU SEBUAH MESIN BASUH"
2016-05-26 21:32
                                            Aku sebuah mesin basuh automatik. Aku sangat berguna kepada semua suri rumah tangga yang berada di dunia ini.  
 
                                            Aku dilahirkan di sebuah kilang yang sangat besar. Kilang itu bernama kilang Elektronik Toshiba yang terletah di Shah Alam.  
 
                                             Aku diperbuat daripada bahan - bahan seperti plastik dan alat - alat elektronik. Saiz badanku besar dan berat. Badan aku dilengkapi dengan penutup, tempat meletak sabun pencuci, dan butang - butang arahan . Oleh itu, aku merupakan mesin basuh yang sangat canggih  
 
                                                Aku dijual oleh orang ramai dengan harga RM 1500. Harga itu agak mahal.Aku telah dipamerkan di sebuah kedai bernama kedai wawasan.  
 
                                                Pada suatu hari, aku telah dineli oleh seorang wanita, bernama Puan Aisyah. Aku digunakan oleh tuanku untuk membasuh pakaian ahli keluarganya. Aku digunakannya setip hari. Tuanku menggunakanku dengan sangat cermat.  
 
                                                 Aku berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah mesin basuh
 

Submit a comment:

Name