Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah motosikal, by aiman
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan aiman
Title:aku sebuah motosikal
2016-05-26 21:31
Aku sebuah motosikal. Honda EX5 namaku. Aku dibuat daripada gabungan besi, getah,kaca, plastik dan lain-lain lagi. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Tokyo, Jepun.Setelah anggotaku dipasang, aku dan rakan-rakanku akan dihantar ke pelabuhan untukdieksport ke Malaysia. Apabila aku sampai di pelabuhan Klang, sebuah lori lain telah menantiaku. Aku dan kawan-kawanku dibawa oleh lori ke sebuah kedai.Di kedai    itu,     aku     dipamerkan kepada     orang     awam. Tuan kedai itu    telah     meletakkantanda harga pada badanku. Hargaku ialah RM 4 600. Aku begitu bangga kerana banyak orangmemuji-muji akan kecantikanku.Aku     dibeli     oleh     seorang     pemuda.     Pemuda     itu     menunggangku     dengan     penuh     gaya.Tugasku setiap hari adalah untuk membawa pemuda itu pergi dan pulang dari kerja. Selain itu,aku turut ke mana-mana tempat yang dihajati pemuda itu. Dia menjagaku dengan baik sekali.Dia selalu mengelap dan mengilatkan badanku.Pada suatu hari, aku terperanjat kerana rantai yang mengunciku telah dipotong olehseorang lelaki. Dia pencuri motosikal. Tiba-tiba di suatu selekoh, ada sekatan polis. Pencuri itumemecutkan     aku     dengan     laju     hingga     gagal     mengawalku.     Kami     terbabas.     Badanku     remukberkecai.Nasibku makin malang selepas itu. Aku dicampakkan ke kawasan longgokan besi buruk.Tampaknya, inilah tempat paling sesuai bagiku kini
 

Haziq , (2016-10-11 14:19)
bagus karangan....aku minat ex5 honda  

 
Submit a comment:

Name