Welcome!

Contoh Karangan UPSR: PERGI BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI MELAKA, by MUHAMMAD ADIB FARHAN BIN NAZRI
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan MUHAMMAD ADIB FARHAN BIN NAZRI
Title:PERGI BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI MELAKA
2016-05-24 16:56
            Pada cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga pergi ke Melaka.Kami sekeluarga tidak sabar untuk pergi ke sana.Kami mengemas barang - barang sambil ibu dan kakak memasak makanan.                                                          
            Kami sekeluarga bertolak ke Melaka dengan menaiki kereta.Saya rasa tidak sabar untuk bermandi - manda bersama keluarga.Selain itu,kami sekeluarga sempat bersarapan di warung roti canai terbang.Setelah sampai kami sekeluarga menempah rumah sewa yang berdekatan dengan pantai.Saya membantu ayah dan ibu meletakkan barang ke dalam rumah sewa.Setelah siap meletak barang kami sekeluarga bejalan kaki pergi ke pantai.Saya dan keluarga bermandi - manda dengan perasaan gembira.Apabila habis mandi kami sekeluarga balik ke rumah.  
             Seterusnya,kami sekeluarga pergi ke A`famosa dengan memakai baju yang cantik.Saya dan keluarga saya membeli banyak cenderahati untuk diberikan kepada kawan kawan.  
             Selain itu,kami pergi menaiki River Cruise sambil ayah beratur untuk membeli tiket.Saya daneluarga menaiki dengan melihat pelbagai bangunan yang cantik.                                                                                                                                                                                                                                                                                              
             Seterusnya,kami sekeluarga pergi ke Zoo Melaka.Saya melihat pelbagai cenderahati yang dijual.Kami sekeluarga masuk ke dalam Zoo Negara dan diminta menagkap gambar bersama keluarga. Kami sekeluarga berjalan sambil melihat pelbagai jenis haiwan yang ada di situ.  
 
             Akhir sekali,kami sekeluarga pulang ke rumah sewa dengan perassan gembira kerana telah pergi ke tempat yang menarik di Melaka.Kami sekeluarga berkemas dan menyerahkan kunci kepada tuan rumah.Ayah berjanji akan membawa kami pergi ke Melaka sekali lagi.  
 

 

jivanesh, (2016-06-03 01:42)
good  

 
Submit a comment:

Name