Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah banglo, by muhammad adam iesyraff
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor muhammad adam iesyraff
Title:aku sebuah banglo
2016-05-24 16:54
Aku sebuah rumah banglo yang tersergam indah di atas    sebuah bukit.    Badanku berwarna    putih dan    rambutku berwarna    biru laut.    Keadaan persekitaran    di sini    nyaman dan    udaranya segar.  
             Aku    dibeli oleh    seorang jutawan    terkenal.Namanya Dato'    Hazim atau    lebih dikenali    sebagai "JOE".Tuanku dan    keluarganya mendiamiku.    Tuanku berasa    megah dan    gembira memilikiku    kerana aku    merupakan sebuah    banglo yang    termahal dan    tercantik di    bandar ini.  
             Keluarga tuanku amat mementingkan kebersihan. Aku dijaga dengan baik. Tuanku mempunyai ramai kenalan perniagaan. Hampir setiap bulan tuanku mengadakan jamuan. Aku menjadi bualan tetamu yang hadir. Mereka memuji kecantikanku.  
                Kegembiraan yang kukecapi cuma selama lima tahun. Tuanku bersama-sama keluarganya berhijrah ke luar negara. Aku bertukar menjadi usang. Tahun demi tahun keadaanku menjadi lebih teruk. Beberapa orang pemuda menjadikan diriku tempat menagi dadah.  
                 Kegiatan para penagih diketahui oleh pihak polis dan aku diarahkan untuk dirobohkan. Walaupun aku berasa sedih, namun aku bersyukur kerana pernah berbakti dalam hidupku.            (143 PATAH PERKATAAN)
 

Submit a comment:

Name