Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Menjaga Kebersihan Makanan, by Nur Balqis Maisarah
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Nur Balqis Maisarah
Title:Menjaga Kebersihan Makanan
2016-05-24 16:43
        Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita.Orang yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam,batuk,selesema dan sebagainya.      
        Sebelum makan,kita mestilah basuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai.Gosok kedua-dua belah tangan termasuk di celah-celah jari supaya tangan kita menjadi benar-benar bersih.  
        Selain itu,makanan seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak.  
Ini penting agar kita tidak mengambil makanan yang tercemar dengan bahan-bahan merbahaya kepada kesihatan kita.  
        Di samping itu,bekas makanan kotor akan    mencemarkan makanan kita.Oleh itu,basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.  
        Seterusnya,kita perlu menyimpan makanan ditempat yang yang tertutup.Ini untuk menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus dari mencemari makanan kita.  
        Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat.Oleh itu,sentiasalah menjaga kebersihan agar kita sihat dan gembira sepanjang hari.
 

......., (2016-06-22 01:09)
good  

 
Paan, (2016-05-24 16:49)
hahahahah#bengong  

 
Submit a comment:

Name