Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kawan baik saya, by nur azmina
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan nur azmina
Title:kawan baik saya
2016-05-24 16:43
Setiap orang mempunyai kawan baik.Nama kawan baik saya bernama    Nur Aleeya Natasha.  
 
Aleeya berumur 12 tahun.Aleeya sekeluarga tinggal di Taman Tuanku Jaafar,Seremban.Dia mempunyai dua orang adik.Dia anak sulung dalam keluarganya.  
 
Bapa Aleeya bekerja sebagai seorang doktor.Setiap hari, bapanya memandu kereta menuju ke hospital untuk bekerja.Ibu Aleeya pula seorang suri rumah.Dia sibuk membuat kerja rumah.  
 
Pada waktu rehat,saya dan Aleeya bersama-sama pergi ke kantin untuk menikmati makanan.Kami juga suka meminjam buku dari perpustakaan.  
 
Pada waktu lapang,Aleeya suka membaca buku cerita dan bermain badminton.Kami selalu bermain badminton di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya.Aleeya bercita-cita menjadi seorang guru.Dia belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya.  
 
Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang kawan baik seperti Nur Aleeya Natasha.Saya berharap persahabatan kami kekal buat selama-lamanya.
 

Submit a comment:

Name