Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah telefon bimbit, by muhammad adam iesyraff
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan muhammad adam iesyraff
Title:aku sebuah telefon bimbit
2016-05-24 16:31
                        Namaku Nokia. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Jepun. Badanku diperbuat daripada logam, plastik, dan barang-barang elektronik. Setelah siap diproses, aku dibawa ke sebuah negara bernama Malaysia. Di Malaysia kemudiannya aku dibawa ke sebuah bandar bernama Seremban. Sebagai sebuah alat    ciptaan sains dan teknologi, sememangnya aku sungguh bangga kerana aku merupakan jenama telefon bimbit yang paling popular di Malaysia. Di Seremban, aku ditempatkan dalam sebuah kedai dan dipamerkan bersama rakan-rakanku dari jenama yang lain.  
                        Setiap hari ramai pengunjung yang datang ke kedai itu. Ada yang meminatiku dan menanyakan perkhidmatan yang aku tawarkan. Akhirnya aku dibeli oleh seorang wanita muda bernama Zarina dengan harga RM1500.Aku disimpan di dalam beg tangannya bersama beberapa barang berharga yang lain. Aku sangat teruja apabila Zarina menggunakanku untuk berhubung dengan rakannya,menghantar pesanan ringkas, mendengar muzik dan kadang-kala bermain permainan.  
                        Setelah menggunakanku beberapa tahun, kemudahan yang aku tawarkan mulai ketinggalan. Zarina menggantikan aku dengan sebuah telefon bimbit yang lebih canggih. Aku disimpan dengan baik di dalam laci. Walaupun aku tidak digunakan lagi oleh Zarina namun aku berasa besar hati dapat berkhidmat dengan baik kepada tuanku.  

Submit a comment:

Name