Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Memohon Kebenaran Melawat ke Kilang Percetakan, by Alya Balqis
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Alya Balqis
Title:Memohon Kebenaran Melawat ke Kilang Percetakan
2016-05-15 16:44
Persatuan Bahasa Melayu,  
Sk Seri Sitiawan,  
3200 Seri Manjung,  
Perak.  
-----------------------------------------------------------  
Pengurus Besar,                                                                2 April 2016  
Kilang Percetakan,  
40700 Shah Alam,  
Selangor.  
 
Tuan,  
 
Memohon Kebenaran Melawat ke Kilang Percetakan  
 
Merujuk perkara di atas, saya Siti Zulaikha binti Hakim selaku setiausaha Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang tersebut. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang percetakan.  
 
2.Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan tersebut.  
Tarikh : 15 April 2016  
Masa : 10:30 pagi hingga 2:30 petang  
Jumlah Peserta : 40 orang  
Jumlah Guru Pengiring : 4 orang  
 
3.Kami amat berbesar hati jika tuan dapat mencadangkan beberapa tempat yang harus kami lawati dan saya juga ingin meminta izin daripada tuan membenarkan kami mengambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan dalam laporan sekolah kami.  
 
4.Kami berjanji akan memastikan semua peserta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tuan. Kami juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut.  
 
5.Kami amat berharap permohonan ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan. Segala usaha tuan diucapkan ribuan terima kasih.  
 
Sekian, terima kasih.  
 
Yang benar,  
Siti Zulaikha  
(SITI ZULAIKHA BINTI HAKIM)  
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.  

 

nor, (2016-08-01 01:32)
boleh ke ada nombor
 
Piyuan, (2016-07-21 00:30)
Baik.so good!!!!
 
b jk, (2016-05-16 19:52)
bjklb
 
Submit a comment:

Name