Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengambilan Makanan, by Izz Haziq (SKST)
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Izz Haziq (SKST)
Title:Pengambilan Makanan
2016-05-13 16:55
            Makanan merupakan keperluan yang penting untuk manusia. Berdasarkan tajuk, terdapat empat kumpulan makanan dalam diet seharian kita. Antaranya, kita mestilah makan makanan lemak dengan kadar pengambilan yang sikit supaya badan tidak menjadi gemuk. Selain itu, kita perlulah makan makanan protein dengan kadar pengambilan yang sederhana supaya boleh menguatkan tulang semasa melakukan aktiviti. Seterusnya, kita haruslah makan makanan vitamin dengan kuantiti pengambilan yang banyak supaya dapat menguatkan sistem fungsi otak dan menajamkan penglihatan. Di samping itu, kita patutlah makan makanan yang berkarbohidrat dengan pengambilan yang lebih banyak supaya boleh mengekalkan tenaga. Akhir sekali, kita juga wajarlah minum lapan gelas air kosong setiap hari kerana suhu sekarang semakin panas. Kesimpulannya, rancangan pemakanan harian sangat membantu dalam aspek penggunaan makanan yang sihat.
 

Submit a comment:

Name