Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Hari Guru, by Izz Haziq (SKST)
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Izz Haziq (SKST)
Title:Laporan Hari Guru
2016-05-12 22:26
            Pada hari Isnin yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik telah mengadakan tema hari guru. Tema tersebut diadakan pada 16 Mei 2016. Ini disambut oleh 1,794 orang murid dan 115 guru.  
 
            Objektif tema tersebut adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya guru dan untuk menimba ilmu. Dengan ini, tema tersebut juga boleh memberi penghargaan kepada semua guru.  
 
            Di tempat perancangan tema tersebut, seorang penceramah telah sampai untuk memberi ceramah. Aktiviti pertama adalah ucapan dari Guru Besar. Ucapannya adalah berkaitan tentang pengorbanan guru kepada semua murid.  
 
            Aktiviti kedua adalah satu ceramah dari seorang penceramah tersebut. Ceramah itu sangat menyentuh perasaan dan membuat segelintir murid menangis. Ceramah itu juga memberi impak yang positif.  
 
            Aktiviti yang terakhir adalah satu persembahan dari murid darjah satu. Persembahan itu menunjukkan jalan cerita tentang perasaan guru terhadap murid yang tidak menghormatinya.  
 
            Walaupun tema ini sudah banyak kali dianjur kepada sekolah ini, sekolah ini akan belajar menghormati guru dan akan mencapai kejayaan. Harapan sekolah ini agar akan disertai oleh ramai guru untuk mengajar.  
 
Laporan disediakan oleh,                                                            18 Mei 2016  
 
......................................  
(IZZ HAZIQ BIN ZURAIDDI)  
Setiausaha,  
Pengawas,  
Sekolah Kebangsaan Seri Tasik    
 

Aliya, (2016-07-14 09:14)
Wow nang kacak lah karangan tok
 
Aliya, (2016-07-14 09:14)
Wow nang kacak lah karangan tok
 
Submit a comment:

Name