Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Iklan, by Aisyah Munirah Muta-ee
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Aisyah Munirah Muta-ee
Title:Iklan
2016-05-08 23:52
Iklan memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesuatu produk. Tanpa iklan yang berkesan suatu produk tidak akan dapat bertahan lama di pasaran. Iklan juga memberikan sumbangan yang besar kepada syarikat penyiaran. Pengiklanan melalui televisyen merupakan satu daripada cara yang paling efektif untuk memperkenalkan sesuatu barangan kepada pengguna.  
 
         Namun begitu, akhir-akhir ini iklan banyak memberikan impak yang negatif kepada pengguna. Iklan-iklan direka supaya kelihatan menarik dan dapat mempengaruhi pengguna. Kebanyakan iklan juga hanya sekadar "indah khabar daripada rupa." Akhirnya, penonton dan pengguna akan tertarik untuk membeli barangan yang tidak diperlukan oleh mereka. Akhirnya, mereka akan tersasar dari perbelanjaan mereka.  
 
         Iklan juga banyak mempengaruhi kanak-kanak. Syarikat perniagaan akan menggunakan media massa untuk mempromosikan barangan mereka. Syarikat makanan segera akan menggunakan televisyen untuk mempromosikan barangan mereka seperti coklat, gula-gula, makanan segera, dan alat-alat permainan. Iklan-iklan itu akan diselitkan dalam cerita-cerita kartun yang popular dalam kalangan kanak-kanak.  
 
         Ibu bapa juga terpaksa berbelanja lebih demi memenuhi tuntutan anak-anak yang mudah terpengaruh oleh iklan barangan permainan yang kadangkala mahal dan membahayakan. Di samping itu, terdapat juga peraduan yang kebanyakannya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Iklan juga banyak mengandungi unsur-unsur yang tidak logik, tidak bermoral dan ganas. Akhirnya, unsur-unsur itu menjadi ikutan muda-mudi hari ini.  
 
         Oleh itu, kerajaan perlu bertindak tegas dan memantau semua iklan yang dipaparkan agar benar-benar memberi manfaat kepada pengguna.
 

okey girls, (2016-06-05 22:38)
good
 
nurzalifah, (2016-05-08 23:57)
bagus..usaha gigih lagi ye!!!
 
Shahira01, (2016-05-08 23:53)
Hmm bagus
 
Submit a comment:

Name