Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sepohon Pokok Kelapa, by Dhiren Sivanesan
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Dhiren Sivanesan
Title:Aku Sepohon Pokok Kelapa
2016-05-08 00:40
        Batangku tinggi menjulangsemacam hendak mencecah angkasa.Diriku berakar serabut,bukan tunjang,tetapi berdiri kukuh payah hendak tumbang menyembah bumi.Diriku memang banyak digunanya.  
 
         Isiku amat diperlukan untuk dijadikan santan oleh tiap-tiap wanita untuk masak-memasak.Santanku lemak dan berzat.Air mudahku bermanis.  
 
            Umbutku juga boleh dijadikan makanan berlemak dan lazat rasanya.Daunku pula dianyam menjadi ketupat.Sarung ketupat diisi dengan pulut atau beras lalu dijerang diatas api sehingga masak .Keenakan ketupat amat terasa apabila dipadankan dengan redang.  
 
            Lidiku tidak    dibiarkan begitu sahaja sesudah daunku diambil untuk dijadikan daun ketupat.Sebaliknya,lidiku yang kecil-kecil ini diraut bersuh lalu diikat kemas-kemas menjadi penyapu.  
 
            Suatu waktu dulu,lidiku dirau cantik-cantik dijadikan pencucuk sate,tetapi kini tidak lagi.Tempatku sudah diambil alih oleh pencucuk yang lebih kukuhdan cantik daripada buluh.  
 
             Begitulah kisah diriku sepohon pokok kelapa.Diriku tinggi menjulang di mana-mana sahaja terutama di tepi pantai dan kampung.Diriku terkenal sebagai pohon seribu guna manusia.
 

Submit a comment:

Name