Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Berani kerana benar,Takut kerana salah, by Aisyah Munirah Muta-ee
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Aisyah Munirah Muta-ee
Title:Berani kerana benar,Takut kerana salah
2016-05-06 17:41
Suasana menjadi sunyi sepi apabila guru disilplin masuk ke dalam kelas. Beliau mengarahkan semua murid berdiri. Beberapa orang pengawas kemudiannya memeriksa meja dan beg para pelajar.          
 
                        Azlina terpinga-pinga apabila sebuah dompet dikeluarkan dari beg sekolahnya. Pengawas tersebut kemudiannya menyerahkan dompet tersebut kepada guru disilplin. Azlina dituduh mencuri dompet Rashidah.    Dia kemudiannya dibawa ke pejabat Guru Besar.  
 
Di dalam bilik tersebut, Azlina tidak mengaku mencuri. Dia menyatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang dompet    yang berada di dalam beg sekolahnya. Guru besar mengugut akan memanggil polis dan ibu bapa Azlina sekiranya dia masih enggan mengaku salah.    Dia juga tidak menangis.    Azlina memegang prisip, “Berani Kerana Benar, takut kerana salah.”  
 
                        Tiba-tiba , pintu pejabat Guru Besar diketuk.    Salmi meminta kebenaran    untuk masuk. Dia kemudiannya mengaku memasukkan dompet    Rashidah yang ditemuinya ke dalam beg Azlina. Salmi berbuat begitu kerana iri hati dengan kepandaian dan kecantikan Azlina.  
 
                        Guru Besar dan guru disilplin meminta maaf kerana menuduh Azlina mencuri.    Azlina bersyukur kerana berpegang teguh kepada prinsipnya.    Salmi berasa menyesal kerana cuba menganiayai Azlina. Dia    kemudiannya meminta    maaf.    Namun begitu , dia akan tetap dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan sekolah.Bak kata pepatah'"Berani kerana benar,Takut kerana salah".
 

wani , (2016-07-14 22:29)
karangan awak sangat bagus Sye sgt suka karangan awak
 
Waheeda, (2016-05-06 17:48)
Cantik tapi.......  
Perlu diperbaiki lagi
 
Emma Nawif, (2016-05-06 17:47)
25/15 :)
 
Bella Arina112, (2016-05-06 17:43)
Terima kasih kerana ajar saya <3
 
Submit a comment:

Name