Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aktiviti Perkhemahan Murid di sebuah hutan, by NUR ALYAA FARZANAH BINTI MOHD NORDIN
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak NUR ALYAA FARZANAH BINTI MOHD NORDIN
Title:Aktiviti Perkhemahan Murid di sebuah hutan
2016-05-06 01:08
1.Dua orang pengakap mengangkat kayu kering yang dikutip dari dalam hutan untuk memasak makanan. 2.Seorang pengakap membetulkan kedudukan tungku agar dapat diletakkan periuk untuk menjerang air.3.Guru penasihat pengakap kelihatan serius memberi arahan dan membuat teguran kepada dua orang pengakap agar masing-masing dapat menyiapkan kerja-kerja memasang khemah mengikut masa yang ditetapkan.4.Dua orang pengakap membetulkan khemah yang dipasang untuk memastikan kedudukan khemah dalam keadaan kukuh dan tidak mudah rebah apabila ditiup angin.5.Seorang pengakap mencedok air sungai yang jernih dengan menggunakan baldi, manakala seorang pengakap lagi mencuci pinggan di tepi sungai.
 

Submit a comment:

Name