Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sekaki payung, by divyasri
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor divyasri
Title:aku sekaki payung
2016-04-30 17:29
Aku sekaki payung.Aku ialah sejenis alat yang dicipta untuk melindungi manusia daripada panas atau hujan.  
 
         Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Petaling Jaya. Selpas siap dipasang, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah pasar raya dengan menggunakan lori. Kami dipamerkan di dalam sebuah almari kaca. Aku dijual dengan harga RM25.00.  
 
         Banyak orang yang masuk ke pasar raya dan membelek-belek aku, teteapi sesiapa pun yang membeliku. Kehidupan bermula apabila aku dibeli oleh seorang perempuan yang jelita . Tuanku sering membawaku ke mana-mana sahaja dia pergi.  
 
         Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat berserta angin yang sangat kuat. Tuanku telah menggunakanku untuk balik ke rumahnya. Tuanku memegangku dengan kuat. Angin yang kuat tadi telah menerbangkanku daripada genggaman tangannya Tubuhku telah tersangkut di atas pokok. Aku menjerit kesakitan kerana badanku koyak di sana sini. Aku sudah tidak boleh digunakan lagi.  
 
            Walaupun sedih dengan nasib yang menimpa diriku,namun aku berasa banga kerana dapat melindungi tuanku daripada panas dan hujan.
 

zulaikha, (2016-05-03 13:19)
good...  

 
Submit a comment:

Name