Di sini terbina negara
Yang makmur namanya Malaysia
Pelbagai bangsa di dalamnya
Bersatu dan bekerjasama
Andai kita bersengketa
Andai kita saling mencerca
Musnalah perpaduan kita
Musnalah negara tercinta
Sungguh makmur di Malaysia
Negara aman sentosa
Marilah kita pelihara
Perpaduan sesama kita
|