Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Termimpi Kucing → Rachel, by Angel
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Angel
Title:Aku Termimpi Kucing → Rachel
2016-04-21 21:32
     Setelah tiga hari berturut-turut menduduki ujian sekolah, aku berasa sungguh penat. Tiba-tiba, baru aku teringat bahawa aku terlupa memberi makanan kepada kucing saya yang bernama Rachel.  
 
     Rachel merupakan seekor kucing yang berwarna putih, matanya    sungguh besar, lebih besar daripada duit syiling 20 sen. Namun, sudah tentu Rachel berasa lapar kerana tidak diberikan makanan selama tiga hari. Tambahan pula, semua tikus di rumah sudah ditangkap oleh Winnie, yakni ibu kepada Rachel.  
 
     Aku bergegas ke ruang tamu, tempat Rachel tidur. Namun, Rachel tidak berada di situ. Aku memanggil "Miao, Miao, Miao", namun, kucing jiran yang berwarna hitam yang muncul.  
 
     Aku semakin gelisah, kerana Rachel merupakan kucing yang sama umur dengan aku. Kami dilahirkan pada hari yang sama. Semasa ibu aku bersalin di hospital untuk melahirkan saya, Rachel juga dilahirkan di ruang tamu.  
 
     Aku berasa sedih kerana aku berasa bersalah kepada kucing yang dibesarkan bersama dengan aku. Sudah lapan tahun kami bermain bersama. Tangisan aku semakin lemah, dan tiba tiba rambut aku ditarik dengan kuat.  
 
     Aku terjaga. Rupa-rupanya itu hanyalah mimpi. Selama tiga hari ujian, adik saya Joyce yang tolong aku membela kucing saya Rachel. Rachellah yang menarik rambut aku, kerana marah akan aku selama tiga hari.  
 
     Sekarang, Rachel bermain dengan Joyce dan tidak lagi menghiraukan aku. Aku berasa kesal terhadap kesilapan aku.
 

:D, (2016-05-31 17:19)
cerita betul ke ni
 
alvin, (2016-04-30 13:32)
kenapa kau mimpi
 
mistery, (2016-04-23 21:36)
sajelah ......hi hi hi
 
mistery, (2016-04-23 21:35)
bagus..... aku akan jumpa kau
 
Rachel, (2016-04-23 18:47)
ROAAAAAAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Aku akan makan kau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Rachel, (2016-04-22 03:37)
Aku lapar sekarang, aku mahu ikan!!!!!!
 
Jagger, (2016-04-22 03:01)
Tahniah.Kerana karangan kamu terpilih untuk menjadi contoh untuk semua
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name