Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Wawancara Peraduan Gigi Menarik, by Mimi Inkays
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Mimi Inkays
Title:Wawancara Peraduan Gigi Menarik
2016-04-14 15:19
Junita: Apa khabar, Aida? Tahniah atas kemenangan dalam Peraduan Gigi Menarik tempoh hari.  
 
Aida: Khabar baik dan terima kasih atas ucapan itu.  
 
Junita: Sebelum itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi diwawancara.  
 
Aida: Oh, tidak mengapa dan terima kasih juga kerana sudi mewawancara saya!  
 
Junita: Apakah perasaan Aida apabila diumumkan sebagai pemenang peraduan itu?  
 
Aida: Sudah tentu saya rasa gembira dan terkejut juga kerana tidak menyangka saya akan memenanginya. Saya pun menyertai peraduan itu kerana suka-suka sahaja, tak sangka pula menang.  
 
Junita: Bagaimanakah cara Aida menjaga gigi? Bolehkah saudari ceritakan?  
 
Aida: Sebenarnya, saya mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor gigi saya. Saya akan membuat pemeriksaan secara berkala setiap enam bulan sekali. Doktor menasihati saya supaya memberus gigi tiga kali sehari. Saya memberus gigi mengikut teknik yang dinasihati oleh doktor gigi saya.  
 
Junita: Apakah petua yang Aida amalkan dalam penjagaan gigi?  
 
Aida: Saya makan makanan, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Jika saya makan makanan yang manis seperti kek, ais krim atau coklat, saya akan berkumur dengan cecair listerin atau memberus gigi selepas itu. Perkara yang paling penting lagi ialah saya akan memastikan gigi saya digosok sebelum tidur. Perkara ini dapat mengelakkan kerosakan gigi dan menyebabkan gigi menjadi kuning.  
 
Junita: Terima kasih kerana sanggup berkongsi pengalaman tentang penjagaan gigi.  
 
Aida: Terima kasih kembali.
 

Aida, (2016-04-23 18:50)
kau tak jeles ke JUnita???????????????
 
Gigi, (2016-04-14 23:46)
Gigi Awak Cantik sekali
 
Submit a comment:

Name