Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku segumpal otak, by Mimi Inkays
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Mimi Inkays
Title:Aku segumpal otak
2016-04-12 18:45
Aku sejenis organ terpenting dalam tubuh manusia. Aku berwarna putih kekuningan. Aku terletak di dalam kepala manusia dan dilindungi oleh tengkorak.  
 
Komponenku terdiri daripada otak besar, otak kecil serta saraf tunjang. Beratku hanya 5% daripada keseluruhan berat tubuh manusia. Begitupun, aku mampu menyimpan 15 trilion maklumat dalam tubuhku.  
 
Fungsi penciptaanku mudah; untuk berfikir. Selain itu, aku dicipta untuk menyimpan pelbagai memori sepanjang kehidupan manusia. Aku juga digunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan manusia.  
 
Sebagai organ tubuh, aku memerlukan makanan. Makananku ialah oksigen, glukosa dan garam mineral. Aku paling benci akan arak, dadah dan minuman bergas kerana boleh menumpulkan malah memusnahkan kemampuanku.  
 
Sebenarnya, tidak ramai manusia yang tahu tentang fungsi otak kanan dan otak kiriku. Kalau hendak tahu, otak kiriku merangsang kecerdasan akademik seperti kecerdasan bahasa dan logik matematik. Otak kananku pula merangsang aktiviti santai seperti muzik dan pergerakan tubuh. Kalau kedua-dua belah otakku digunakan, manusia akan menjadi lebih cemerlang.  
 
Sehingga kini, sedikit sangat maklumat tentang diriku yang diketahui oleh manusia. Justeru, kuharap lebih banyak kajian tentang diriku dilakukan demi kecemerlangan manusia juga.
 

Thanks, (2019-01-23 20:51)

 
Thanks, (2019-01-23 20:51)

 
Thanks, (2019-01-23 20:51)

 
Thanks, (2019-01-23 20:51)

 
Thanks, (2019-01-23 20:51)

 
Thanks, (2019-01-23 20:51)

 
Thanks, (2019-01-23 20:51)

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name