Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEBERSIHAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB MURID, by MULIANA BINTI MUHAMMADONG
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah MULIANA BINTI MUHAMMADONG
Title:KEBERSIHAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB MURID
2016-03-31 20:12
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Barisan Hakim Yang Arif lagi bijaksana guru-guru dan raka-rakan yang dikasihi sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ,KEBARSIHAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB MURID.  
HADIRIN SEKALIAN,  
Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid.Pelbagai usaha telah dijalan kan oleh semua pihak untuk memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih.Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah pertandingan kelas terbersih.Selain dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria,usaha ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid.  
Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah murid-murid tidak wajar meletakkan tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata.Sebagai murid,kitaperlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh pekerja itu luas.Oleh itu,tidak salah jika kita turut sama membantu mereka.  
Sgala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah sdisediakan di dalam kelas masing-masing.Sebagai murid yang bertanggungjawab,segala kotoran dan sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.  
Skolah dan kelas yang bersih juga memberi impak kepada pembelajaran murid-murid.Sekiranya persekitaran kotor,keadaan ini akan kurang menzahirkan permandangan yang kuran enak.Hal ini menyebabkan kita gagal menumpukkan perhatian kepada proses pembelajaran dan p[embelajaran di dalam kelas.Tidakkah itu merugikan diri kita sendiri?  
HADIRIN SEKALIAN  
    Akhir sekali saya ingin menyeru kapada rakan-rakan,marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan sekolah.Sesungguhnya menjaga kebersihan di kawasan sekolah.Sesungguhnya menjaga kebersihan merupakam ibadah yang mulia dan harus dimanfaatkan oleh setiap insan.  
SEKIAN,TERIMA KASIH.
 

Submit a comment:

Name