Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AKU SEBATANG GIGI KACIP, by QISTINA NABILAH
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan QISTINA NABILAH
Title:AKU SEBATANG GIGI KACIP
2016-03-24 23:56
            Nama aku Sang Kacip.Badan aku berbentuk pipih dan tajam.Tuan aku seorang budak perempuan yang comel.Namanya Farhana.Aku membesar bersama sama dengan rakan-rakanku,Sang Taring,Sang Geraham dan SANG Geraham Kecil di dalam rongga mulut Farhana.  
 
            Tugasku menggigit makanan yang dimakan oleh Farhana sehingga hancur supaya hadam di dalam perut Farhana.Tugas ini dibantu oleh rakan-rakanku iaitu Sang Taring,Sang Geraham Besar dan Sang Gerham Kecil.  
 
            Setiap hari,tuan aku akan memberus aku dan rakan-rakanku tiga kali sehari.Jika ada sisa makanan yang terselit,Farhana akan menggunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa tersebut.Farhana juga akan berkumur dengan menggunakan pencuci mulut florida sekali sehari.Aku berasa gembira kerana Farhana menjaga aku dengan baik.  
 
            Farhana seorang yang mementingkan kesihatan aku dan rakan-rakanku.Farhana makan makanan yang kaya vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Farhana juga selalu makan-makanan yang kaya dengan kalsium,protein dan zat besi seperti ayam dan daging.  
 
            Akhirnya.tuan aku Farhana membawa aku dan rakan-rakanku berjumpa dengan doktor setiap enam bulan sekali Aku amat bangga dapat berbakti kepada tuan aku sebagai gigi kacip.
 

Ameelda, (2019-04-06 15:34)
Bagusnya dan lengkap karangan awak  
 

 
alya, (2019-03-11 02:43)
karangan awak memang hebat
 
ulya, (2019-03-03 01:54)
memang terbaik
 
ulya, (2019-03-03 01:53)
karangan ni memang bagus bagi saya terima kasih  

 
ulya, (2019-03-03 01:53)
karangan ni memang bagus bagi saya terima kasih  

 
Zie yusop, (2019-02-27 00:51)
Bagus karangan kamu  

 
Aisyah, (2019-02-26 00:31)
Karangan awak sangat bagus.
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name