Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pasukan unit beruniform sekolah anda telah mengadakan suatu perkhemahan di hutan Lipur selama 3 hari 2 malam.Ceritakan pengalaman anda sepanjang perkhemahan tersebut., by muhd shaffy al amin
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor muhd shaffy al amin
Title:pasukan unit beruniform sekolah anda telah mengadakan suatu perkhemahan di hutan Lipur selama 3 hari 2 malam.Ceritakan pengalaman anda sepanjang perkhemahan tersebut.
2016-03-08 02:14
Pada minggu yang lalu sekolah saya iaitu SMK KOTA KEMUNING telah mengada kan suatu program perkhemahan unit beruniform.Perkhemahan tersebut berada di hutan Lipur ia berlangsung selama 3 hari 2 malam.Saya yang berbaju unit uniform kadet polis dan rakan rakan telahpun bersedia.Aktiviti perkhemahan ini adalah suatu aktiviti yang terbaik untuk pelajar.Mereka dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama flora dan fauna.Aktiviti perkhamahan ini juga terhad kerana hanya 30 orang sahaja.Tujuan saya mengikuti aktiviti ini adalah untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga pengalaman yang akan ditimba.  
 
Pada pukul 7.30pagi,kami berkumpul di dewan terbuka sekolah kami untuk memeriksa segala peralatan yang diperlukan untuk perkhemahan seperti lampu suluh,"sleeping bag",dan lain lain.Guru yang bertugas sedang mengambil kehadiran para pelajar yang sertai perkhemahan ini pada waktu itu.Setelah selesai, kami pun bertolak ke hutan Lipur tepat pada pukul 8.30 pagi.Dalam perjalanan ke sana kami sempat berbual kosong di dalam bas.Setelah sampai,guru bertugas telah mengiringi kami ke tapak perkhemahan.Apabila sampai ke tapak perkhemahan kamipun meletakkan beg galas kami dan memasang khemah yang telah diajar oleh guru untuk berlindung.Kami juga measang tempat untuk menunaikan solat fardu.Setelah khemah dan tempat beribadat telah siap dipasang kami diberi peluang untuk menggunakan sungai yang jernih dan juga bersih ini.Selain itu,kami dapat menangkap ikan yang terdapat di dalam sungai tersebut sebagai lauk tengahhari.Setelah itu,kami pun menunaikan solat fardu zohor.Kemudian guru bertugas telahpun membahagikan kami kepada 3 kumpulan dan setaip kumpulan ada 10 orang.Setelah menunaikan solat fardu asar,kami ke hutan yang berdekatan untuk melihat beberapa species burung dan juga tumbuhan yang tidak terdapat di bandar.Apabila menjelang waktu senja kami pulang ke tapak perkhemahan.Kami diajar untuk membuat sebuah unggun api.Apabila unggun api tersebut telahpun siap,ikan yang kami tangkap petang tadi kami membakarnya lalu menjamahnya secara berramai ramai.Selain itu,ada yang menceritakan kisah seram.Kemudian,kami menunaikan solat fardu isyak dan saya yang mengimamkan rakan rakan saya.  
 
Pada hari seterusnya,pada pukul 6.30 pagi kami diminta bangun untuk menunaikan solat subuh.Kami bangun dan terus mandi menggunakan air sungai.Ianya sangat sejuk sehingga salah seorng rakan saya menggigil kerana kesejukan.Setelah mandi dan menunaikan solat fardu subuh,kami dimintak berkumpul di tapak perkhemahan kerana unit beruniform saya termasuk dalam kawad kaki Daerah.Guru bertugas telahpun mengagihkan kami kepada beberapa kumpulan.Pada pukul 8.00 pagi kami memanaskan badan seperti melakukan senamrobik.Kemudian,kami memulakan kawad kaki kami kerana jikalau kami menang kawad kaki ini sekolah kami akan menjadi sekolah yang ternama di Klang.Kawad kaki tersehut dijalankan selama 1jan setengah.Selepas sahaja berkawad selama 1jam setengah itu kami diminta berehat kerana pada waktu malam ini kami akan menjelajah hutan Lipur aktiviti ini dikenali sebagai "Night Walk".Guru yang begitu arif dalam sektor perhutanan adalah Encik Azmi,kemudian kami mulakan perjalanan kami meneroka haiwan yang berkeliaran di dalam hutan ini.Kawan rapat saya Alif dilanggar oleh kelawar hitam,dia terkejut lalu memeluk saya.Kemudian penerokaan kami terhenti apabila jam menunjukan tepat pada pukul 1.30 pagi.Kami terpaksa pulang ke tapak perkhemahan kami.Kami disediakan teh o panas dan juga beberapa keping biskut untuk alas perut sebelum tidur.  
 
Menjelang hari terakhir,kami semua dikehendaki bersiap sedia pada pukul 7.45 pagi kerana pertandingan tersebut dijalankan pada pukul 9.45 pagi di Stadium Bukit Jalil.Saya dan juga rakan rakan bangun sedikit awal kerana ingin menunaikan solat fardu subuh.Sebelum ke stadium itu, kami bersarapan pagi roti dan milo panas.Selepas sarapan,kami pun memulakan perjalanan kami ke stadium tersebut.Apabila sampai,ke stadium tersebut kami dikehendaki beratur dan ketua kumpulan iaitu saya sendiri dikehendaki mengambil nombor giliran yang terdapat di atas sekeping kertas dan saya melihat kami mendapat no ke-2.Kami pun bersedia apabila giliran kami dipanggil.Kami berkawad bersungguh sungguh.Selepas tamat pertandingan itu,pengumuman dilancarkan dan Alhamdullilah kumpulan kami mendapat tempat yang kedua.Kami mendapat trofi,medal dan hamper.Setelah berakhirnya pertandingan itu,kami dikehendaki menyiapkan segala peralatan di dalam beg untuk pulang ke sekolah.Inilah pengalaman yang amat berharga bagi saya
 

Emekekek, (2019-05-28 02:41)
Dheuakksmamsnnzzkkzaoakamannabajajaknanaskssbxbjjzkskahsbxjz*- kjzaakzhhzhzjsjakkajahabzhxjsjkssjjsjzjzkizozkzkzjjzjzjzkkss*- ooaoaiapisudhxkoajshsidbwiahdL
 
Emekekek, (2019-05-28 02:32)
Dheuakksmamsnnzzkkzaoakamannabajajaknanaskssbxbjjzkskahsbxjz*- kjzaakzhhzhzjsjakkajahabzhxjsjkssjjsjzjzkizozkzkzjjzjzjzkkss*- ooaoaiapisudhxkoajshsidbwiahdL
 
Bosku, (2019-03-26 18:59)
Karangan yang kretif  
 
 

 
v, (2018-07-31 21:54)
nice
 
yashrina, (2018-04-25 02:09)
god promise karangan yang bagus
 
, (2017-03-02 23:07)
saya
 
izyan, (2017-02-01 01:16)
Karangan ini ialah cantik
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name