Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebuah kereta., by Nur Ain Nisa Bt Mohd Zaini
Contoh Karangan UPSR
Name:Nur Ain Nisa Bt Mohd Zaini
Title:Aku sebuah kereta.
2016-03-08 01:19
Aku sebuah kereta.Aku dilahirkan di kilang kereta yang terletak di Selangor.Namaku adalah Proton Exora.Aku mempunyai ruang dan tempat duduk yang luas dan selesa.  
 
Selepas itu,seorang lelaki ingin membeliku.Penjual itu menerangkan tentang penggunaanku dan menukar tayarku.Lelaki iti pun bersetuju membeliku yang berharga  
RM 50 000.Aku dibawa pulang oleh tuanku yang bernama Encik Rahman.  
 
Encik Rahman menjagaku dengan rapi sekali.Beliau membersihkan bahagian tempar duduk dengan menggunakan berus yang bersih dan lembut.Aku berasa sangat selesa dan gembira.  
 
Encik Rahman membawaku ke tempat yang berlumpur dan berlecak.Badanku berasa kotor sekali.Tuanku menghantarku ke pusat mencuci kereta.Aku kelihatan kemas dan wangi.  
 
Tuanku menghantarku ke kedai membaiki kereta yang terletak di Bangsar.Aku diperiksa oleh mekanik itu dengan sangat teliti apabila memeriksa bahagian enjin.Setelah itu,Encik Rahman mengisi minyak sebanyak RM 30.00.  
 
Akhir sekali,aku berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana mendapat tuan yang sebaik seperti Encik Rahman.  
 

 

Submit a comment:

Name