Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tun Dr. Mahathir Mohamad, by Nurain Syafawaty
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Nurain Syafawaty
Title:Tun Dr. Mahathir Mohamad
2016-03-06 18:40
     Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di No. 18 ,Lorong Kilang Ais ,Seberang Perak ,Alor Setar ,Kedah.Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik.ma panggilannya semasa kecil ialah Che Det.Bapanya bernama Mohamad Iskandar dan ibunya bernama Wan Tempawan.  
     Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Maktab Sultan Abdul Hamid.Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di College of Medicine,Universiti Malaya,Singapura dan menerima ijazah pada tahun 1953.Beliau berkahwin dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd.Ali pada 5 Ogos 1956.  
     Penglibatannya dalam politik bermula pada tahun 1964.Beliau pernah menjadi Menteri Pelajaran,Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan juga Timbalan Perdana Menteri.Pada 18 Julai 1981,Tun Dr.Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat menggantikan Tun Hussein Onn.Sebagai seorang Perdana Menteri,beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap negara.  
     Wawasan 2020 adalah matlamat utama beliau untuk melihat Malaysia maju dan berkualiti.
 

Submit a comment:

Name