Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara mengembirakan ibubapa, by I Do not know lah...tpi hye
Contoh Karangan UPSR
Name:I Do not know lah...tpi hye
Title:Cara-cara mengembirakan ibubapa
2016-03-06 01:53
    Ibu bapa merupakan insan termulia bagi setiap manusia. Merekalah yang telah menjaga dan menyayangi kita seperti menatang minyak yang penuh.Kita boleh berterima kasih dengan mereka dengan mendengar nasihat,belajar bersungguh-sungguh, memberikan hadiah kepada mereka pada hari yang istimewa bagi mereka,mendapat keputusan yang cemerlang dan membantu meringankan beban mereka.  
 
    Mendengar nasihat boleh mengembirakan hati ibu bapa kerana nasihat mereka dipatuhi dan diikut.Apabila kita dinasihati, kita seharusnya menerima nasihat tersebut.  
 
    Belajar bersungguh-sungguh juga salah satu daripada cara untuk menggembirakan hati ibu bapa.Apabila ibu bapa kita mengetahui bahawa kita belajar dengan bersungguh-sungguh,ibu bapa kita akan berasa senang hati.  
 
    Apabila hari istimewa bagi mereka tiba,kita boleh memberikan hadiah,kad dan lain-lain lagi.Hari istimewa bagi mereka seperti Hari Ibu,Hari Bapa dan juga hari lahir mereka.Contoh hadiah yang boleh diberikan ialah jam tangan,kek,membawa ke tempat-tempat yang menarik dan pelbagai lagi.  
 
    Mendapatkan keputusan yang cemerlang contohnya perperiksaan UPSR adalah juga cara untuk menggembirakan ibu bapa.Untuk mendapatkan keputusan yamg cemerlang,kita hendaklah fokus apabila guru-guru sedang mengajar.  
 
    Kita boleh meringankan beban mereka dengan membantu mencuci pinggan mangkuk,mencuci kain dan lain-lain lagi kerja atau perkara.Ini juga salah satu cara untuk menggembirakan hati ibu bapa.  
 
    Oleh itu,kita jangan melakukan perkara yang sebaliknya.Kita juga jangan derhaka pada ibu bapa.
 

stella, (2017-04-24 18:21)
your essay is so good and i love it .This will be helpfull for my UPSR  
 
 
 
TQ  

 
, (2016-04-24 17:41)
Ape yg 1 ???
 
1, (2016-03-10 06:44)
-1'
 
Submit a comment:

Name