Welcome!

Contoh Karangan UPSR: melentur buluh biarlah dari rebungnya, by hazil
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak hazil
Title:melentur buluh biarlah dari rebungnya
2016-03-05 16:39
Mak Cik Ani mempunyai anak lelaki bernama Alif . Alif baru menjangkau usia 18 tahun . Semenjak suaminya meninggal dunia,kasih sayangnya kini dicurahkan sepenuhnya kepada anak tunggalnya.Semua permintaan Alif ditunaikan oleh Mak Cik Ani.  
Pada suatu hari,Alif meminta ibunya membelikannya sebuah motosikal.Alasannya ingin menolong ibunya untuk menghantar barang-barang yang dipesan oleh pelanggan.Tanpa berfikir panjang,Mak Cik Ani memenuhi permintaan anaknya.  
Sejak mendapat motosikal baharu,Alif sudah tidak betah tinggal di rumah.Alif lebih suka berpeleseran bersama-sama rakan-rakannya.Dua hanya pulang ke rumah apabila fajar menyingsing.Mak Cik Ani semakin risau terhadap apa yang berlaku.  
Pada suatu hari,Alif tidak pulang ke rumah seharian.Ibunya berasa gusar memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku.Alif hanya pulang ke rumah dua hari kemudian.Alifmemberikan alasan bahawa motosikalnya rosak dan terpaksa tidur di rumah kawannya.Mak Cik Ani mempercayai alasan Alif itu.  
Namun,Alif juga kerap tidak pulang ke rumah,Mak Cik Ani menyesyaki ada sesuatu yang disembunyikan oleh Alif dari pengetahuannya.Alif juga sudah berani meninggikan suara dan melawan kata-kata ibunya apabila ditegur.Mak Cik Ani sangat kecewa akan perbuatan anaknya.  
Pada suatu hari,dua orang anggota polis datang ke kedai runcitnya.Polis tersebut memaklumkan kepada Mak Cik Ani bahawa Alif telah ditahan kerana menghisap dadah.Hancur luluh hati Mak Cik Ani setelah mendengar perkhabaran itu.Kini barulah dia sedar akan kesilapannya, selama ini. Benarlah kata pepatah"melentur bulah biarlah dari rebungnya".
 

fatin auji, (2016-03-06 00:43)
harap thn ni dpt 6a..amin..
 
Submit a comment:

Name