Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara cara menabung, by Raudatul Aisyah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Raudatul Aisyah
Title:Cara cara menabung
2016-03-05 14:45
            Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan seperjuangan.Salam sejahtera saya ucapkan.Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara kita pada hari ini,saya diberi amanah untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk "Cara cara menabung".  
            Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita adalah wang.Ada pelbagai cara menyimpan wang.Sebagai contoh,ada yang menyimpan wangnya di dalam tabung.Amalan menabung dapat melatih seorang lebih berjimat-cermat.  
            Menyimpan wang di dalam bank merupakan cara menabung yang digemari oleh rakyat Malaysia.Di Malaysia,terdapat banyak institusi kewangan.Bank Simpanan Nasional merupakan institusi perbankan yang dijamin oleh kerajaan.Terdapat juga bank-bank perdadangan seperti Malayan Banking,Bank Rakyat,dan Public Bank.  
         Jika kita menyimpan wang di dalam bank,kita juga boleh mendapat peluang keuntungan peniagaan yang dijalankan oleh pihak bank berkenaan.Keuntungan akan diperolehi jika kita menyimpan wang walaupun sedikit setiap bulan.Maka wang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.  
         Wang yang disimpan di dalam bank adalah lebih selamat berbanding daripada wang yang disimpan di rumah.Wang disimpan di rumah terdedah kepada pelbagai risiko.Kitalah yang akan menentukan cara yang terbaik untuk menabung.  
         Akhir kata,sebelum saya mengundur diri,saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.Rncanglah masa hadapan anda dengan bijak melaluai amalan menabung.Sekian,terima kasih.
 

Siti Nur Hidayati, (2016-04-24 17:44)
Yaaaaa betul itu.....saya sokong 100%
 
ila, (2016-04-22 02:12)
saya mungking akan ikut cara menabung yang awak tulis tu.  
 
GOOD........
 
Izzuan, (2016-04-15 01:10)
Terima kasih
 
Submit a comment:

Name