Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebuah kereta, by orang yg baik hati
Contoh Karangan UPSR
Name:orang yg baik hati
Title:Aku sebuah kereta
2016-03-02 01:08
    Aku sebuah kereta pacuan empat roda yang berwarna biru langit.Namaku Exora.Aku dibuat di sebuah kilang di Shah Alam.Aku diperbuat daripada keluli lembut dan logam.Enjin di dalam badanku diimport dari negara Jepun.  
      
    Setelah siap dibina,aku pun dibawa ke Kuala Lumpur. Perjalanan selama dua jam setengah itu telah membuatku berasa tidak selesa kerana dijemur bawah matahari yang terik.  
 
    Selepas sahaja tiba ke Pusat Automobil Kuala Lumpur,aku pun segera diletakkan di bahagian pameran kereta jenama baharu.Semua orang ingin membeli aku tetapi tidak mampu kerana harga ku sangat mahal iaitu RM25.000  
 
    Suatu hari,seorang pemuda kaya membelek-belek badanku.Kebarangkalian,dia berkenan dengan badan aku yang cantik.Pemuda tersebut pun bertanyakan harga kepada penjual yang bertugas.  
 
    Setelah selesai berunding,pemuda itu pun bersetuju membeli aku.Penjual itu pun memberikan kunci kepada pemuda itu.Dia pun memandu aku pulang ke rumahnya.  
 
    Sampai sahaja aku ke rumah pemuda itu,dia pun memberikan kunci kepada anak lelakinya.Kini,aku mendapat tuan baharu.Setiap pagi,tuanku memandu aku ke kolej di Kuala Lumpur.  
 
    Rakan-rakan tuanku memuji struktur badanku yang menarik.Pada suatu hari,ketika dalam perjalanan ke rumah,tiba-tiba aku dilanggar sebuah lori yang muatannya kayu balak yang baru sahaja ditebang.  
 
    Tuanku pengsan.Lalu,aku ditarik kereta tunda ke tempat membaiki kereta.Bapa kepada tuanku pun segera ke tempat membaiki kereta itu dengan segera.  
 
    Aku dikatakan sudah tidak boleh dibaiki kerana enjinku telah rosak teruk.Jadi,aku pun dibuang ke tempat pembuangan besi buruk.Aku sedih kerana sudah tidak boleh berkhidmat dengan tuanku lagi.  
 
P/S:Ok ini sahajalah.
 

ila, (2016-04-22 02:01)
best sangat.............
 
ali, (2016-03-02 01:17)
Good
 
ali, (2016-03-02 01:17)
Good
 
Submit a comment:

Name